LATAR BELAKANG MUKIM PADANG KERBAU
Mukim Padang Kerbau terletak di utara Mukim Padang Peliang bersempadan di sebelah baratnya Mukim Rambai, Mukim Tobiar dan Mukim Guar Kepayang. Manakala di sebelah timurnya pula ialah Mukim Tekai di dalan Daerah Padang Terap. Luas Mukim Padang Kerbau ialah 104.9km persegi bersamaan 10,916 hektar. Mukim Padang Kerbau terdapat 23 buah Kampung dan mempunyai bilangan 14 JKK dan 23 JKKP.
(QAIRUL HILMI BIN IBRAHIM)
PENGHULU
Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.
Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Tanah.
Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.
Tugas/Fungsi Utama:
- Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
- Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
- Bidang Sosial dan Kemasyarakatan.
- Bidang Ekonomi
- Bidang Keselamatan
- Pendidikan
PEMBANTU TADBIR(MOHD AZALI BIN MOHAMAD ZAIN)TUGAS DAN FUNGSI PEMBANTU TADBIR
Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.
* Pentadbiran Am Pejabat* Pemantauan Pentadbiran JKKP* Pengurusan Maklumat Mukim* Info Kemasyarakatan* Info Program Pembasmian Kemiskinan* Pembangunan Insan* Pembangunan Luar Bandar
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami , Pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut ;
(1) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
(2) Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah.
(3) Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan.
(4) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah.(5) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam .(6) Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
Pejabat PenghuluKelengkapan /Aset Pejabat yang telah disediakan oleh Pejabat Daerah Pendang :1. Tiga buah penghawa dingin2. Satu set komputer dan printer3. Satu set komputer riba4. Sebuah meja penghulu5. Dua biji kerusi penghulu6. Sebuah meja pembantu7. Satu biji kerusi pembantu
8. Sebuah almari fail aluminium9. Dua buah meja mesyuarat10. Dua buah loker kayu